Trucks carrying humanitarian aid line up on the Egyptian side of the Rafah border crossing with the Gaza Strip on March 2, 2025, after Israel suspended the entry of supplies into the Palestinian enclave. Israel said on March 2, that it was suspending the entry of supplies into Gaza, with artillery fire and an air strike reported in the territory after it and Hamas hit an impasse over how to proceed with their fragile ceasefire. (Photo by AFP)

KUALA LUMPUR – Negara-negara berpenggaruh dan masyarakat antarabangsa perlu mendesak Israel supaya menghentikan sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan segera.

Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) menyifatkan Israel bertindak kejam sekali gus memburukkan lagi penderitaan rakyat Palestin terutama dalam bulan suci Ramadan.

Penasihat MAHAR, Nurul Izzah Anwar berkata, sekatan itu sahaja melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa tetapi juga pengabaian sepenuhnya terhadap prinsip asas hak asasi manusia.

“Berjuta-juta rakyat Palestin di Gaza kini berdepan dengan kebuluran, ketiadaan akses kepada air bersih, dan kekurangan bekalan perubatan yang kritikal pada saat mereka sepatutnya menghayati bulan Ramadan dalam ketenangan dan ibadah.

 

 

“Dalam Islam dan banyak agama lain, bulan Ramadan menekankan nilai belas kasihan, kebaikan, dan kesederhanaan.

“Namun, rakyat Palestin dipaksa berpuasa dalam keadaan yang melampaui batas kemanusiaan – tanpa makanan untuk berbuka, tanpa air untuk bersahur, dan tanpa jaminan keselamatan untuk keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan.

Nurul Izzah berkata, Israel sekali lagi gagal memenuhi perjanjian gencatan senjata menyebabkan krisis kemanusiaan di Gaza semakin mendesak.

Sekatan makanan, ekonomi, dan pergerakan bukan sahaja membahayakan nyawa rakyat Palestin tetapi juga merupakan jenayah perang yang tidak boleh dibiarkan.

“Masyarakat antarabangsa wajib bertindak segera untuk menegakkan maruah kemanusiaan sebelum kegilaan kuasa hegemoni terus mencatur nasib negara-negara lain.

“Ini bukan sekadar isu Palestin, pelanggaran hak asasi di Gaza adalah petanda awal kepada ancaman terhadap kedaulatan global. Demi keselamatan sejagat, kita semua bertanggungjawab untuk berdiri bersama yang tertindas dan memastikan keadilan ditegakkan,” tegas beliau.

MAHAR turut menyeru rakyat Malaysia untuk terus menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin melalui doa, sokongan, dan bantuan kemanusiaan.

Walaupun berdepan sekatan dan cabaran dalam penghantaran bantuan MAHAR melalui Ops Ihsan telah berjaya menghantar 1,000 tan bekalan makanan ke Gaza dan meneruskan operasi Dapur Ihsan yang menyediakan 50,000 hidangan makanan sehari kepada penduduk Gaza.

Israel pada Ahad menyekat bantuan yang memasuki ke Gaza sejak gencatan senjata bermula enam minggu lalu.

Rakaman media menunjukkan, trak sarat dengan barangan bantuan berbaris di sebelah Mesir di seberang Rafah, menunggu untuk ke Gaza.

Penduduk Gaza bimbang dengan peningkatan harga barangan yang melonjak serta merta dengan keputusan Israel itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here