15,000 anak pokok durian belanda dan 23 pokok bonzai hitam yang dirampas PGA. Ihsan Foto :PGA

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lebih daripada 15,000 anak pokok durian belanda serta 23 pokok bonsai hitam dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2.1 juta dalam dua operasi berasingan, malam kelmarin.

Rampasan tersebut dilakukan oleh Batalion 8 di Kampung Kedap dan Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, Kelantan antara jam 10 hingga 11 malam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya telah mengesan dua lori dalam keadaan mencurigakan sebelum melakukan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lebih 15,000 anak pokok durian belanda dan 23 pokok bonsai hitam yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui dalam lori berkenaan.

“Tumbuhan ini disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit serta dua lelaki tempatan berusia 25 dan 30 tahun yang memandu lori tersebut turut ditahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).

Manakala suspek serta barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pihaknya komited untuk mempertingkatkan lagi usaha bagi membanteras kegiatan penyeludupan di sempadan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here