KUALA LUMPUR- Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata lelaki terbabit dibebaskan selepas tempoh remannya tamat hari ini.
“Beliau dibebaskan dengan jaminan SPRM dan siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama sambil menambah pihaknya akan memanggil beberapa individu lain bagi membantu melengkapkan siasatan.
ARTIKEL BERKAITAN
Beliau berkata kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum diserahkan kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.