Asyraf Khalid melancarkan jenama daging premium pertamanya, AK Meat, yang menawarkan pelbagai pilihan daging Wagyu berkualiti tinggi.

KUALA LUMPUR – Citarasa tinggi ke atas daging wagyu membuatkan usahawan terkenal, Asyraf Khalid melancarkan jenama daging premium yang pertama dikenali AK Meat.

Malah pada pelancaran AK Meat, anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak berkira apabila telah menyajikan steak daging wagyu dengan membelanjakan sehingga RM30,000 buat tetamu yang hadir.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, kecintaan terhadap daging wagyu yang menjadi kegemarannya sejak 15 tahun lalu bermula ketika menyambung pengajiannya di Melbourne, Australia.

“Kenapa wagyu? Sebab bagi saya, tiada daging lain yang boleh menandingi rasa dan kualiti wagyu. Kelembutan daging yang meleleh di mulut dan rasa yang luar biasa menjadikannya pilihan utama saya dan kalau nak tahu saya hanya makan daging wagyu sahaja.

“Ia bukan sekadar makanan biasa tetapi merupakan pilihan utama dalam setiap hidangan saya terutamanya masakan stik dan tidak kisah daging wagyu itu dari Australia atau Jepun,” katanya majlis pelancaran AK Meat di sini baru-baru ini.

Pada majlis pelancaran AK Meat, Asyraf telah menyajikan steak daging wagyu dengan membelanjakan sehingga RM30,000 buat tetamu yang hadir.

Selain Siti Nurhaliza, turut hadir para selebriti yang juga merupakan keluarga Asyraf iaitu Izara Aishah serta isterinya, Tya Arifin yang juga usahawan.

Asyraf menambah, keputusannya untuk mengambil langkah berani melancarkan AK Meat kerana daging wagyu premium  bukan sekadar berkaitan perniagaan semata-mata tetapi juga untuk berkongsi  kegemarannya itu dengan masyarakat.

“Setiap hidangan AK Meat adalah lebih daripada sekadar makanan kerana adalah pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pelanggan saya.

“Jangan keliru, AK Meat bukan sebuah restoran tetapi ia adalah perniagaan daging premium yang dipesan secara dalam talian dan kemudian dihantar terus ke rumah. Beberapa lori AK Meat juga akan berada di masjid-masjid tertentu dan boleh dibeli terus dari sana,” katanya.

Sementara itu, Asyraf turut berterima kasih kepada rakan niaganya iaitu Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan pasukan DAEM yang telah banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan impian beliau.

Selain menawarkan produk daging premium, Asyraf menegaskan AK Meat kini bersedia untuk menjadi jenama pilihan utama dalam pasaran daging premium di Malaysia. – MalaysiaGazette

Asyraf dan rakan niaganya iaitu Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here