MiCasa All Suite Hotel menawarkan suasana damai ibarat berada di kampung kerana memiliki aura resort dengan flora dan fauna.

KUALA LUMPUR – Bagi yang mula merancang untuk berbuka puasa di hotel, MiCasa All Suite Hotel boleh menjadi pilihan terbaik sepanjang Ramadan tahun ini. Ini kerana hotel itu menawarkan suasana damai ibarat berada di kampung kerana memiliki aura resort ditemani flora dan fauna

Apatah lagi dapat menjamu selera berbuka puasa di lokasi strategik di sini khususnya berdekatan dengan menara ikonik KLCC dengan tawaran harga bufet serendah RM139 seorang dewasa.

Berinspirasikan Icip Icip Desa, pengunjung mampu mengimbau kenangan lampau di kampung dengan menikmati hidangan kampung di utara dan juga di selatan di restoran Shiso di hotel tersebut.

Hasil idea dan air tangan dari Chef Adrian dan kumpulannya, pengunjung bakal mengubati rindu untuk menikmati masakan bonda di kampung seperti asam pedas tetel, itik salai masak lemak cili api dan kerabu kerisik kulit timun.

Turut disediakan menu popular hotel tersebut adalah Lautan Seafood, nasi ambeng, nasi ulam ayam percik, kambing bakar dan juga sup ekor.

MiCasa All Suite Hotel mempersembahkan bufet Ramadan dengan tema ‘Icip Icip Desa’.

Lebih menarik, MiCasa All Suite Hotel turut menyediakan stesen di mana chef akan memasak hidangan secara langsung di hadapan pengunjung untuk memastikan hidangan disajikan dalam keadaan segar.

“Dengan cara ini, ia akan memberikan pengalaman interaktif yang menyeronokkan untuk pengunjung melihat sendiri bahan-bahan yang berkualiti digunakan untuk juadah berbuka puasa,” kata Chef Adrian.

Tidak lengkap juga jika tanpa hidangan bubur lambuk, pelbagai jenis kuih muih, pembuka selera dan pemanis mulut selain dilengkapi dengan minuman teh tarik dan jus.

Tawaran bufet Ramadan di MiCasa All Suite Hotel boleh didapati bermula 7 Mac hingga 23 Mac ini bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Bagi mereka yang ingin melakukan tempahan awal, MiCasa All Suite Hotel berbesar hati untuk menawarkan diskaun eksklusif (early bird) sehingga 28 Februari ini pada harga RM109 bagi dewasa, manakala RM95 untuk warga emas dan kanak-kanak. – MalaysiaGazette

Tawaran bufet Ramadan di MiCasa All Suite Hotel boleh didapati bermula 7 Mac hingga 23 Mac ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here