KUALA LUMPUR – PMB Investment Berhad (PMB Investment) mengumumkan agihan pendapatan PMB Shariah Growth Fund sebanyak 11.40 sen seunit dengan jumlah keseluruhan RM12,363,864.07 bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2025.

Nilai Aset Bersih (NAB) seunit sebelum agihan adalah RM1.6638, diselaraskan kepada RM1.5498 selepas agihan.

Agihan yang dikreditkan selepas 28 Februari 2025, mewakili hasil sebanyak 7.02% berdasarkan NAB penutup seunit.

Ketua Pegawai Pelaburan PMB, Hang Tuah Amin Tajudin berkata, PMB Shariah Growth Fund terus menunjukkan daya tahan dan kekuatan, dengan pulangan mengagumkan sebanyak 67.47% dalam tempoh lima tahun sehingga 28 Februari 2025 atau purata 13.49% setahun.

Pencapaian ini mencerminkan strategi pelaburan berdisiplin kami yang memberi keutamaan kepada ekuiti patuh syariah serta peruntukan aset strategik untuk mengoptimumkan pulangan pelabur.

PMB Shariah Growth Fund menggunakan strategi peruntukan aset yang jelas, di mana 80% hingga 99.5% daripada NAB dilaburkan dalam ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti.

Selebihnya diperuntukkan kepada instrumen pasaran wang Islam, penempatan deposit Islam, sukuk, dan pelaburan lain yang dibenarkan mengikut prinsip Syariah.

PMB berkata, portfolio dana ini sentiasa disemak semulabagi menyesuaikan dengan perubahan keadaan pasaran, termasuk landskap ekonomi global,
serantau, dan domestik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here