Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menemukan mayat seorang pemuda berusia 22 tahun yang terjatuh di Sungai Kuantan pada jam 8.15 pagi ini

KUANTAN – Lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kuantan dari Jambatan Putra, di sini, kelmarin, ditemukan lemas pagi ini.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat lelaki berusia 22 tahun itu ditemukan terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.

“Mayat mangsa ditemukan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 8.15 pagi ini.

”Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Gebeng, dipercayai terjatuh ke Sungai Kuantan pada jam 10.43 malam Isnin lalu berikutan sebuah motosikal jenis R250 ditinggalkan ditemui di atas jambatan itu dalam keadaan enjin masih hidup.

Saksi berasa curiga dan terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk memaklumkan kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here