PUTRAJAYA – Satu mayat ditemui di bangunan kerajaan pagi tadi.
Mayat dipercayai dijumpai seorang pekerja yang ketika itu memasuki pejabat di bangunan berkenaan.
Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai mayat tersebut masih tidak diketahui.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung kejadian, sebentar lagi. – MalaysiaGazette