PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sedia memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan berhubung kematian di Kompleks Kementerian Kewangan hari ini.
Dalam satu kenyataan, MOF memaklumkan pihak berkuasa telah memaklumkan kejadian itu kepada keluarga waris yang terlibat.
“Kementerian Kewangan berdukacita dengan kejadian ini dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga waris,” katanya.
Sebelum ini, satu mayat dilaporkan ditemukan di bangunan Tribunal Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini hari ini.
Difahamkan, mayat itu dijumpai seorang pekerja yang memasuki pejabat berkenaan di tingkat empat awal pagi tadi. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Polis KL sahkan temui mayat kakitangan Pejabat Perbendaharaan di Putrajaya