KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penemuan seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri dengan leher dan kaki terjerut menggunakan ‘cable tie’ di Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya, pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, si mati berumur 45 tahun dan merupakan kakitangan jabatan berkenaan.
Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah dijumpai di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai ‘Sudden Death Report’ (SDR), katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
Beliau meminta Kerjasama orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.
Tambah beliau, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat, mereka diminta menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Putrajaya 03-88862222 atau di mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette