Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham bercakap pada sidang media selepas hadir Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua-Ketua dan Naib-Naib Ketua ARMADA Negeri di Ibu Pejabat Bersatu, Petaling Jaya. Foto SADIQ SANI, 05 MAC 2025

PETALING JAYA – Sayap Armada Bersatu akan menggerakkan satu pasukan khas bagi memastikan gerak kerja Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak berjalan dengan baik.

Ketuanya, Muhammad Hilman Idham berkata, langkah segera itu diambil bagi memastikan calon yang akan diletakkan PN pada PRK kali ini memenangi kerusi berkenaan.

“Saya telah mengarahkan Ketua Armada Perak, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin  segera membentuk satu pasukan khusus untuk kita memastikan pelaksanaan atau gerak kerja PRK itu dapat berjalan dengan baik dan dilaksanakan dengan penuh semangat sebagai gabungan PN,” katanya dalam sidang media selepas watikah pelantikan Ketua dan Naib Ketua Armada Negeri di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu akan mempertaruhkan calon Pas pada PRK DUN Ayer Kuning.

Jelas Muhyiddin, PN memutuskan untuk mengekalkan parti sama bertanding di kawasan terbabit.

Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham bercakap pada sidang media selepas hadir Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua-Ketua dan Naib-Naib Ketua ARMADA Negeri di Ibu Pejabat Bersatu, Petaling Jaya. Foto SADIQ SANI, 05 MAC 2025
Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham bercakap pada sidang media selepas hadir Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua-Ketua dan Naib-Naib Ketua ARMADA Negeri di Ibu Pejabat Bersatu, Petaling Jaya. Foto SADIQ SANI, 05 MAC 2025

Mengulas lanjut, Muhammad Hilman berkata, Bersatu sebagai komponen yang membentuk PN akan terus bersama-sama Pas dalam memastikan calon yang diketengahkan mampu memberikan kemenangan kepada gabungan pembangkang tersebut.

“Ia bukan sahaja atas nama Bersatu ataupun nama Pas tetapi yang lebih penting atas nama Perikatan Nasional,” katanya lagi.

PRK DUN Ayer Kuning akan diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

Ishsam, 59, yang juga Ketua UMNO Tapah meninggal dunia selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilapor akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Mac ini bagi penentuan tarikh PRK DUN Ayer Kuning.

Untuk rekod, Pas sudah bertanding di kerusi tersebut sebanyak lima kali sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 namun semuanya berakhir dengan kekalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here