Wednesday, March 5, 2025
Home Ekonomi RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut hingga 31 Januari lalu – MOF

RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut hingga 31 Januari lalu – MOF

Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merekodkan sejumlah RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) hingga 31 Januari lalu.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, individu atau waris yang berhak boleh mengemukakan permohonan tuntutan secara atas talian menerusi portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.

“Mereka juga boleh hadir ke kaunter JANM di setiap negeri dengan kaedah semakan dan tuntutan boleh dirujuk di portal eGUMIS JANM atau kaunter JANM,” menurut kementerian itu menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen di sini hari ini.

Ia bagi menjawab soalan S Kesavan (PH-Sungai Siput) mengenai jumlah terkini WTD dan proses menuntut wang itu serta langkah diambil kerajaan untuk memaklumkan mengenai WTD kepada pemilik atau waris mereka.

Kementerian itu juga menjelaskan kempen kesedaran, taklimat secara dalam talian dan hebahan berkala melalui saluran TV nasional, giat dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai pemilik atau waris menyedari kewujudan WTD mereka.

Selain itu, bagi memudahkan proses tuntutan, perkhidmatan kaunter semakan dan bayaran balik WTD telah diperluas ke 24 JANM negeri dan cawangan seluruh negara selain satu kaunter di JANM Putrajaya dan satu di UTC Pudu.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai membuat semakan serta mengemukakan permohonan tuntutan dengan lebih mudah dan pantas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here