Kepulan asap akibat serangan sekumpulan individu ke atas sebuah kem tentera di Banu, Pakistan dapat dilihat dari bangunan berdekatan. Foto: Platform X

KARACHI – Sekurang-kurangnya 15 terbunuh manakala 25 lagi cedera apabila berapa individu yang dipercayai militan menyerbu halaman kem tentera di timur laut Pakistan, kata para pegawai keselamatan dan kesihatan.

Insiden berlaku di Banu, timur laut wilayah Phaktunkhwa apabila sekumpulan individu yang menaiki dua kenderaan sarat berisi bahan letupan merempuh tembok kem tersebut selepas mereka dipintas anggota pasukan keselamatan.

Letupan menyebabkan bumbung beberapa kediaman runtuh, mengakibatkan 15 orang terbunuh, menurut pegawai tentera yang tidak mahu dikenali kepada agensi berita, Anadolu.

“Enam penyerang terbunuh manakala beberapa lagi dikepung di halaman tersebut,” tambah beliau.

Seorang jurucakap hospital daerah Banu, Dr. Nauman Ahmed memberitahu wartawan bahawa mereka yang meninggal dunia termasuk empat wanita dan dua kanak-kanak.

Beliau menambah, keadaan beberapa mangsa yang cedera adalah kritikal.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut tetapi kumpulan mlitan yang bersekutu dengan Tehreek-Taliban Pakistan (TTP) sering menyerang pegawai keselamatan Pakistan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here