Sewaktu proses pembelajaran fasa 2 iaitu mengikuti kursus masakan barat bersijil.

MELAKA – Sekumpulan pensyarah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan projek khas meningkatkan tahap ekonomi golongan wanita menjadi usahawanita yang berjaya dalam bidang perniagaan makanan dan minuman (F&B).

Program ini melibatkan sekumpulan 40 orang wanita dari Kampung Angkat Madani – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Kampung Pulau, Tanjung Bidara, Masjid
Tanah, Melaka, baru-baru ini.

Ketua Projek Kursus Keusahawanan ini, Profesor Madya Dr. Juhaini Jabar dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahwanan (FPTT), UTeM berkata,
program ini bertujuan untuk melatih dan membimbing seramai 40 orang wanita untuk menjadi usahawan F&B.

Jelasnya, latihan yang diberikan bermula dari peringkat asas sehingga ke tahap yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan secara berdikari sendiri yang
mana para peserta didedahkan kepada pengetahuan komprehensif melibatkan semua aspek perniagaan F&B.

“Ia menyentuh tentang strategi keunikan jualan, pengurusan operasi, perancangan kewangan dan penetapan harga, pengurusan risiko serta kepentingan hak harta
intelek kepada perniagaan.

“Justeru kita yakin para peserta mampu mencapai keyakinan yang tinggi di samping menguasai kemahiran langsung dalam industri ini sekaligus melonjakkan mereka untuk mampu bersaing dan beroleh kejayaan dalam industri F&B ini,” ujarnya dalam kenyataan.

Juhaini berkata, kursus ini terbahagi kepada 3 fasa yang melibatkan fasa pembelajaran teori, kursus masakan barat bersijil dan lawatan industri.

Projek kursus keusahawan ini merupakan salah satu program di bawah kelolaan dan bajet dari Pusat Hubungan Kolaborasi RICE-UTeM yang turut melibatkan komitmen
sekumpulan pensyarah dari FPTT, UTeM iaitu Prof. Madya Dr. Norain Ismail, Dr. Murzidah Ahmad Murad, Dr. Siti Norbaya Yahaya dan Dr. Nusaibah Mansor.

Juhaini berkata, terdapat beberapa kepentingan bidang keusahawan dalam industri F&B antaranya dapat mencipta serta membuka peluang pekerjaan di samping membuka peluang iringan kepada industri sokongan.

“Ia membantu meningkatkan pendapatan, merancakkan pertumbuhan ekonomi tempatan serta menyokong pertumbuhan usahawan mikro industri F&B serta memperkasakan golongan usahawan wanita yang ingin memulakan perniagaan mereka,” ujarnya.

Mengulas lanjut, katanya, peranan wanita dalam industri F&B ini sebenarnya besar kerana boleh juga mewujudkan satu rangkaian meluas dalam aspek perkongsiam
pengalaman, kemahiran dan memberikan bimbingan kepada usahawan lain.

“Secara semulajadinya pula usahawanita yang teliti akan sentiasa cuba memastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi, kelancaran operasi perniagaan justeru merealisasikan agenda mereka sebagai pengusaha, pemimpin atau pencetus inovasi yang memberi sumbangan besar kepada industri ini sekiranya
akses kepada pendidikan, latihan dan modal diberikan kepada mereka.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here