KUALA LUMPUR – Beberapa rumah dan gerai musnah teruk di jalan dekat Parit 4, Sekinchan dekat sini akibat kejadian puting beliung serta hujan lebat yang melanda awal pagi tadi.
Berdasarkan tangkap layar yang tular di media sosial, kejadian itu berlaku sekitar 7.30 pagi hingga menerbangkan bumbung rumah di kawasan terbabit ke udara setinggi 50 meter.
Bukan itu sahaja, kelihatan khemah bazar Ramadan di kawasan itu turut ranap akibat pusaran angin yang membadai dan kenderaan juga berhenti untuk meneruskan perjalanan ketika kejadian.
Dalam rakaman lain, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dilihat berada di tempat kejadian sejuru keadaan kembali reda bagi operasi menyelamat. – MalaysiaGazette