Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan tiga sahabat daripada pertuduhan memiliki dan mengedar dadah jenis methamphetamine di Kampung Pangkalan Batu, Mersing pada 2019.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar melepas dan membebaskan S Purusothaman, 42, K Puvanisveran, 58, R Viknesh, 39, selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.