Tag: Fail Mahkamah
4,000 Muka Surat Perlu Diteliti, Mahkamah Tangguh Rayuan Bekas Pegawai KBS
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan peguam mewakili bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Otman Arsahd, 67 tahun, untuk menangguhkan pendengaran rayuan berkaitan sabitan dan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM284.2 juta.
Tiada Asas Tahan Pasport Asnida Daim – Hakim Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan semakan difailkan Asnida Abdul Daim berhubung syarat tambahan jaminan yang menghendaki pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
“You Tak Malu Ke Buat Macam Tu?” – Situasi Tegang Semasa...
Situasi di pekarangan lobi Mahkamah Ampang menjadi kecoh sebaik sahaja suspek yang terlibat dengan gangguan seksual dan mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Persatuan Kebajikan Sri Bala Illam Batu Caves tiba di mahkamah pagi ini.
Rosakkan Mesin ATM: Warga Emas Gagal Hubungi Kakak Untuk Jaminan
Lelaki warga emas, Yong Kuen, 67 tahun yang tular memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank Cawangan Jinjang Selatan di Jalan Kepong, 16 Februari lalu, di dakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Kes Bunuh Wanita Gelandangan di Jalan Sentul: Lelaki Diarah Jalani Pemeriksaan...
Seorang lelaki yang ditahan berhubung kes kematian seorang wanita gelandangan di Jalan Sentul pada 9 Februari lalu diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital.
Tiga Sahabat Bebas Dari Tuduhan Edar Dan Miliki Dadah #MGFlash
Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan tiga sahabat daripada pertuduhan memiliki dan mengedar dadah jenis methamphetamine di Kampung Pangkalan Batu, Mersing pada 2019.
Datuk Peter Anthony Kekal Bersalah Dipenjara Tiga Tahun
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, hari ini kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lalu.
Dua Rakan Kekal Bebas Tipu Urus Niaga Sarung Tangan Getah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan keputusan membebaskan dua rakan daripada satu pertuduhan menipu dua lelaki berkaitan pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta, empat tahun lalu.
Sebutan Kes Wanita Tikam Suami 17 April Depan
Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 17 April hadapan bagi sebutan kes seorang wanita yang ditahan menikam suaminya sehingga maut.
Pertuduhan Warga Indonesia Miliki Senjata Api Ditangguh #MGFlash
Pertuduhan ke atas dua lelaki warga Indonesia berkaitan kes rampasan lima pucuk pistol, selaras raifal M4 serta ratusan peluru di kawasan perairan Perai, Pulau Pinang pada 27 Januari lalu ditangguhkan untuk lantikan jurubahasa.

















