Emily Pike, gambar Instagram.

AMERIKA SYARIKAT: Seorang ibu di Arizona meraung setelah mayat anak perempuannya yang berusia 14 tahun ditemukan dalam keadaan dikerat dan disumbat dalam beberapa beg sampah sebelum dibuang di tepi jalan, lebih dua minggu selepas dilaporkan hilang.

Menurut laporan New York Times, pihak berkuasa menemui sisa-sisa mayat, Emily Pike dalam beberapa beg sampah besar yang ditinggalkan di tepi sebuah jalan pada 14 Februari lalu, hanya beberapa hari sebelum hari jadinya.

“Dia tidak bersalah, bagi saya, dia masih seperti seorang bayi,” kata ibu Emily, Steff Dosela, kepada media baru-baru ini.

Emily tinggal bersama keluarganya di San Carlos Apache Indian Reservation, di sebuah rumah kelompok di Mesa ketika dia dilaporkan hilang pada 27 Januari.

“Pengurus kesnya datang seminggu kemudian untuk memberitahu saya bahawa dia hilang,” kata Dosela, lapor New York Times.

Mayat Emily ditemui bulan lalu, bagaimanapun pihak berkuasa hanya dapat mengesahkan bahawa ia adalah mayat Emily pada minggu lalu.

Keputusan autopsi menunjukkan bahawa Emily mengalami kesan trauma yang jelas di muka dan kepala.

Menurut Pejabat Sheriff, kepala dan badan mangsa ditemui di dalam beg besar, manakala kakinya ditemui di dalam beg yang berasingan. Namun, lengan dan tangan Emily masih belum ditemukan.

Menurut ibu mangsa, polis telah mengenal pasti tiga suspek, tetapi nama mereka belum didedahkan kepada umum.

Pihak berkuasa telah mengklasifikasikan kematian remaja itu sebagai insiden pembunuhan dan usaha menjejaki suspek kini giat dijalankan. – AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here