MELAKA – Seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah lori yang sedang menyiram pokok bunga di Jalan Tun Abd Razak/MITC menghala ke Bulatan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Mohd Fadzli Ramli, 41, yang memandu kereta jenis Toyota Vios meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menuju ke bulatan Seri Negeri dari arah Jalan Tun Abd Razak/MITC.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sedang bergerak perlahan di lorong kanan dihadapannya untuk memulakan kerja-kerja menanam pokok bunga.

“Akibatnya, mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini petang ini.

Menurutnya, mayat dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here