Pemuda MIC Kebangsaan desak tindakan individu-individu lakukan provokasi agama di negara ini.

KUALA LUMPUR – Pemuda MIC Kebangsaan menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Zamri Vinoth dan Vijayan Savarinathan dengan masing-masing didakwa menghina agama Hindu dan Islam

Ketua Pemudanya, Arvind Krishnan berkata, sebuah negara majmuk Malaysia, menghormati kepercayaan agama lain adalah asas kepada keharmonian masyarakat.

“Kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan untuk menyinggung perasaan atau menghasut permusuhan antara kaum dan agama,” katanya.

Menurut Arvind, Zamri Vinoth boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana tindakannya yang semakin berani mencabar keharmonian negara.

Tambah beliau, bagi Vijayan Savarinathan, pihaknya mengarahkan laporan polis dibuat terhadap Vijayan yang didakwa menghina agama Islam di media sosial.

“Kami komited untuk memastikan mana-mana pelaku yang cuba memporak-perandakan keamanan negara ini dibawa ke muka pengadilan. Keharmonian adalah asas mutlak negara ini.

“Malaysia bukan tempat untuk individu yang menyemarakkan kebencian antara kaum dan agama,” ujarnya. – MalaysiaGazette 

Jangan tunggang isu agama demi kepentingan peribadi – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here