Tertuduh, Hong Yew Peng, 54, didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan membunuh kekasihnya yang juga penyanyi sambilan, bulan lalu.

MELAKA – Seorang penganggur lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan membunuh kekasihnya yang juga penyanyi sambilan bulan lalu.

Tertuduh, Hong Yew Peng, 54, mengaku faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Kulim, Kedah kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat telah menyebabkan kecederaan tubuh badan sehingga mendatangkan kematian terhadap seorang wanita, Ling Lu Cheng, 52.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Seri Mangga 1/8, Taman Seri Mangga Seksyen 1, dalam daerah Melaka Tengah antara jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi 22 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun.

Sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati hendaklah juga dihukum tidak kurang 12 kali sebatan.

Tertuduh, Hong Yew Peng, 54,
didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan membunuh kekasihnya yang juga penyanyi sambilan, bulan lalu.

Terdahulu, tertuduh tiba di pekarangan mahkamah menaiki kenderaan polis memakai baju pesakit Hospital Melaka dengan tangan kiri berbalut kerana mengalami kecederaan.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliyah Ahmad Kamarulnajuib tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh memandangkan kes tersebut tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk menunggu laporan kimia hasil bedah siasat.

MalaysiaGazette pada 23 Februari lalu melaporkan mangsa yang berstatus isteri orang dan mempunyai tiga anak ditemui berlumuran darah di atas katil bersama suspek yang juga dipercayai kekasihnya dalam bilik rumah sewa itu.

Suspek yang turut cedera disyaki cuba bunuh diri selepas menikam wanita itu sebanyak 14 kali di rumah teres dua tingkat itu iaitu tiga di muka, 10 di dada, lengan dan tangan serta satu tikaman pada betis kanannya.

Difahamkan, mangsa yang beralamat di di Taman Sri Aman, Masjid Tanah mula menyewa di rumah berkenaan sejak enam bulan yang lalu manakala suaminya menetap di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here