Kumpulan Houthi. Gambar media sosial

SANAA – Kumpulan Houthi memberi tempoh selama empat hari kepada Israel supaya membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Jalur Gaza dan sekiranya ini tidak berlaku kumpulan tersebut akan melaksanakan semula operasi di Laut Merah terhadap rejim penceroboh itu.

Pemimpinnya, Abdul-Malik al-Houthi ketika berucap menerusi saluran kumpulan itu, Al-Masirah, mengisytiharkan: “Kami mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa kami memberi tempoh selama empat hari. Ini adalah tempoh bertenang untuk perantara dalam usaha mereka,”.

Beliau berkata, jika Israel terus menghalang kemasukan bantuan makanan dan ubat-ubatan ke Jalur Gaza selepas empat hari, pihaknya akan melaksanakan semula oerasi tentera laut ke atas rejim penceroboh itu dan kepungan demi kepungan akan dilakukan.

Kumpulan Al-Houthi menegaskan bahawa ‘Israel telah berdolak dalih dalam obligasinya berhubung fail kemanusiaan’ dan menekankan bahawa Hamas telah menunjukkan komitmen untuk memenuhi tanggungjawabnya di bawah perjanjian gencatan senjata.

Ia berlaku ketika rundingan perjanjian gencatan senjata fasa seterusnya terbantut, dengam menamatkan peperangan selama 15 bulan di Gaza.

Israel mengumumkan keputusan untuk menghalang bantuan daripada memasuki Gaza pada 2 Mac lalu, hari sama perjanjian gencatan senjata fasa pertama yang berlangsung selama 42 hari tamat.

Sebelum perjanjian gencatan senjata dicapai, Kumpulan Houthi melancarkan serangan ke atas kapal dagang yang mempunyai kaitan dengan Israel di Laut Merah dan Laut Arab sebagai sebahagian daripada sokongan mereka kepada penduduk Palestin di Gaza.

Kumpulan tersebut turut menyerang kawasan yang dicerobohi Israel dengan peluru berpandu dan dron.

Amaran Kumpulan Houthi itu dilakukan beberapa hari selepas Amerika Syarikat membenarkan semula kumpulan tersebut sebagai organisasi pengganas dan melaksanakan sekatan terhadap tujuh pemimpin kanannya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here