Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Tahun 2025 dan Pengisytiharan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta Felcra Berhad Tahun 2024 di Perkarangan Masjid Kampung Kuala Akob, Kuala Berang, Terengganu. Foto AIZAT ZAINAL, 8 MAC 2025.

KUALA BERANG – Datuk Ahmad Jazlan Yaacub kesal dengan tindakan pihak tertentu yang tidak meluluskan program berbuka puasa dan terawih yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di pekarangan Masjid Kampung Kuala Akob, di sini, yang sepatutnya diadakan pada hari ini

Pengerusi UMNO Kelantan itu berkata, walaupun tidakan tersebut diambil pada saat-saat akhir namun program tersebut diteruskan di kawasan bersebelahan masjid tersebut.

“Kita boleh merancang, tapi Allah SWT juga mempunyai perancangan sebaik-baiknya. Barangkali dengan tanpa niat untuk menuduh sesiapa, saya agak terkilan. Hari Jumaat rupanya kerajaan negeri Terengganu bekerja apabila adanya arahan membatalkan tempat yang dibenarkan di sebelah ini.

“Insiden ini tidak ada kaitan dengan imam masjid, jawatankuasa dan sebagainya. Tidak ada. Ini adalah ‘wahyu’ yang turun dari kayangan untuk tidak izin kita buat majlis di sana.

“Dengan izin Allah, apabila pihak Felcra berhubung dengan pihak-pihak tertentu sekitar jam 1.40 malam tadi, tidak sampai 24 jam. Kita buat teruskan program walaupun ala kadar pada hari ini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Felcra berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Felcra di Kuala Berang, hari ini.

Semalam, permohonan KKDW untuk menganjurkan Program Santunan Kasih Ramadan di Terengganu pada hari ini tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Menurut surat daripada jabatan itu, pihak pengajur tidak mendapat kelulusan untuk menggunakan perkarangan Masjid Kampung Kuala Akob dan Masjld Haji Abdul Rahman Limbong Kuala Telemong.

Bagaimanapun, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu dalam kenyataan pada Jumaat berkata, program tersebut tetap berlangsung dan akan dipindahkan ke tanah lapang bersebelahan masjid itu. -MalaysiaGazette

Program KKDW guna perkarangan masjid di Terengganu tidak diluluskan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast