Lima buruh sesak nafas ketika membersihkan tangki air di sebuah bangunan dalam pembinaan di Mumbai.

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya empat buruh maut akibat sesak nafas dan seorang pengsan ketika membersihkan tangki air bawah tanah di Mumbai, ibu kota kewangan India.

Menurut Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai (BMC), kejadian berlaku pada sebelah petang hari Ahad apabila lima buruh memasuki tangki di bangunan yang masih dalam pembinaan untuk membersihkannya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bismillah Space yang terletak di kawasan Nagpada pada jam 12.30 tengah hari.

Pasukan bomba telah dimaklumkan selepas semua buruh pengsan di dalam tangki, kata seorang pegawai BMC.

“Daripada lima orang, empat disahkan meninggal dunia dan mangsa kelima dimasukkan ke hospital dan sedang menjalani rawatan di sana,” katanya.

Polis telah mengarahkan siasatan terhadap kematian itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here