Foto NBC News.

PARIS – Cadillac sah menyertai perlumbaan Formula Satu (F1) bermula musim 2026 selepas mendapat kelulusan rasmi daripada pihak F1 dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Keputusan berkenaan diumumkan selepas General Motors (GM) mencapai persetujuan dengan F1, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai penyertaan syarikat gergasi automotif Amerika Syarikat (AS) itu dalam sukan permotoran berprestij dunia tersebut.

Sebelum ini, F1 menolak bidaan pasukan Andretti Cadillac tetapi dengan komitmen lebih besar daripada GM serta strategi baharu, Cadillac akhirnya diterima untuk menyertai perlumbaan.

Cadillac F1 akan dikendalikan oleh organisasi AS, TWG Motorsports dengan pemilik Andretti Global, Dan Towriss, serta Mark Walter sebagai pelabur utama.

Bagaimanapun, Michael Andretti yang sebelum ini mengetuai usaha membawa Andretti ke F1, tidak lagi terlibat dalam projek itu tetapi bapanya yang juga legenda F1, Mario Andretti akan bertindak sebagai penasihat pasukan.

Enjin pasukan itu pada awalnya akan dibekalkan oleh Ferrari namun GM bersetuju untuk membina enjin sendiri untuk masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1, Stefano Domenicali menyambut baik kedatangan Cadillac dalam perlumbaan F1.

“Sejak November lalu, komitmen oleh General Motors untuk membawa pasukan Cadillac ke F1 adalah satu demonstrasi penting dan positif mengenai evolusi sukan kami.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada GM dan TWG Motorsports atas kerjasama selama berbulan-bulan.

“Kami menantikan untuk menyambut pasukan ini di grid mulai 2026 untuk tahun yang akan menjadi satu lagi tahun yang menarik bagi F1,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here