Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

KUALA LUMPUR – Seorang penjaja wanita didakwa mengigit penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak mahu bekerjasama dijatuhi hukuman denda RM3,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, tertuduh berusia 30 tahun itu mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur semalam.

“Wanita itu telah dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam dan dia mengaku salah serta dikenakan hukuman denda RM3,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu katanya, kertas siasatan terhadap tiga lagi suspek lelaki tempatan berusia 15 hingga 39 tahun yang menghalang petugas DBKL di Masjid India akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan seterusnya.

Terdahulu, media melaporkan empat individu termasuk seorang wanita ditahan didakwa menganggu dan menyerang petugas DBKL di Jalan Tunku Abdul Rahman dalam dua kejadian berasingan.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang penjaja wanita bergelut dengan beberapa penguat kuasa DBKL yang sedang menjalankan tugas untuk menyita kenderaanya.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, wanita terbabit dilihat menjerit dan meronta-meronta sementara tiga penguat kuasa wanita cuba menenangkannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here