Seorang lelaki warga Pakitan maut dalam nahas dua kenderaan di di Batu 17, Jalan Kota Tinggi- Mersing, malam tadi. Foto JBPM Kota Tinggi

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Pakistan maut akibat tersepit dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Batu 17, Jalan Kota Tinggi- Mersing, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 10.45 malam.

Katanya, semakan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan sebuah treler membawa muatan besi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa berusia 23 tahun dari arah Mersing menuju ke Kota Tinggi cuba memotong sebuah kenderaan lain.

“Bagaimanapun, kereta terbabit gagal mengelak treler dipandu lelaki tempatan berumur 57 tahun yang datang dari arah bertentangan, lalu berlanggar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kejadian itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospitak Kota Tinggi bagi menjalani bedah siasat untuk mengetahui punca kematian dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Nahas sebuha treler bawa muatan besi bersama sebuah kereta Proton Saga di di Batu 17, Jalan Kota Tinggi- Mersing, malam tadi. Foto JBPM Kota Tinggi

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Kota Tinggi, Saiful Afiz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.18 malam.

“Susulan itu, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dan unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi jam 10.43 malam.

“Pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan bomba turut membersihkan minyak yang tertumpah di atas jalan,” ujarnya.

Tambah beliau, operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.42 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here