Tiga lelaki yang cuba menyeludup 42,700 biji kelapa ke Thailand ditahan pasukan PGA Kelantan Foto Pasukan Gerakan Am

KOTA BHARU – Tiga lelaki ditahan di stor pangkalan haram di Tumpat, Kelantan, kelmarin ketika cuba menyeludup 42,700 biji kelapa ke Thailand dengan menggunakan sebuah treler.

Ketiga-tiga suspek yang berusia 22 hingga 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan itu.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga lelaki berkenaan disyaki berperanan sebagai penghantar untuk menyeludup kelapa tersebut ke Thailand.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah treler dianggarkan bernilai RM 1.2 juta. Ketiga-tiga suspek dan barangan rampasan dibawa ke kompeni taktikal PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here