Amirudin Shari

KUALA LUMPUR- Kerajaan Negeri Selangor akan membantu keluarga dua pelajar Malaysia yang ditimpa kemalangan di Jordan, semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan itu selepas mendapat tahu bahawa dua daripada empat pelajar yang tercedera dalam insiden itu berasal dari Selangor.

“Dua pelajar wanita yang terbabit dalam kemalangan tersebut iaitu Sumayya Azamuddin dan Fatimah Nuha Mustaza berasal dari Selangor.
“Sumayya dikhabarkan mengalami kecederaan ringan manakala Fatimah pula cedera parah dan sedang menerima rawatan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.
Menurur Amirudin, pejabatnya telah pun menghubung keluarga dan waris mangsa terbabit dan akan terus memantau perkembangan pelajar berkenaan.

Beliau turut mendoakan kesemua mangsa yang terlibat di dalam nahas berkenaan segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Pagi tadi MalaysiaGazette melaporkan, empat pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan, mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara tersebut, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled, memaklumkan bahawa dua daripada pelajar terbabit berasal dari Johor manakala dua lagi berasal dari Selangor.

Menurutnya, mereka merupakan pelajar Tahun Pertama dalam bidang Fiqh Wa Usul di universiti berkenaan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Empat pelajar Malaysia cedera terlibat kemalangan di Jordan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here