KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang sedang dan akan berada di wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani dinasihatkan ambil langkah berjaga-jaga atau menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke wilayah-wilayah berkenaan buat masa ini.
Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri berkata, pihaknya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, sedang memantau rapat situasi di wilayah-wilayah itu susulan beberapa insiden keselamatan baru-baru ini.
“Mengambil kira perkembangan terbaharu ini, warganegara Malaysia yang akan dan sedang berada di ketiga-tiga wilayah tersebut adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada.
“Kementerian ini juga meminta semua warga Malaysia untuk menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke wilayah-wilayah berkenaan buat masa ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sebagai langkah berjaga-jaga, warga Malaysia yang berada di wilayah berkenaan adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Sekiranya berlaku kecemasan, warganegara Malaysia boleh berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla melalui butiran di bawah:
KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI SONGKHLA
Alamat: No. 4, Sukhum Road
Muang District
Songkhla Province
Thailand
Nombor telefon: +6674 311 062 / +6674 316 274
+6693 657 0707 (kecemasan sahaja)
E-mel: [email protected]
Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette