Screenshot

GEORGE TOWN – Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dengan kerjasama Rapid Penang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik ke Bukit Bendera secara percuma sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

PBBPP dalam kenyataan berkata, perkhidmatan ulang-alik percuma itu akan beroperasi selama lima hari bermula 29 Mac sehingga 2 April depan bermula jam 9 pagi hingga 9 malam dengan kekerapan perjalanan selama 1 jam dan 30 minit di kedua-dua arah.

Jelasnya, ini merupakan kali ketujuh perbadanan itu menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada pengunjung Bukit Bendera.

“Penumpang boleh menaiki perkhidmatan ulang-alik di hentian bas 9 KOMTAR yang terletak di Jalan Ria (laluan bawah bersebelahan kiosk Rapid Penang) untuk sampai ke Stesen Bawah Bukit Bendera.

“Bas bagi perkhidmatan itu boleh dikenal pasti dengan mudah kerana akan ditanda dengan jelas sebagai ‘Penang Hill Free Shuttle Service’

“Tempat ‘pick-up’ dan ‘drop-off’ akan menampilkan maklumat yang berbeza bagi memudahkan perkhidmatan ulang-alik mudah dikenali manakala jadual waktu boleh didapati di laman sesawang rasmi PBBPP dan platform media sosial,” menurut kenyataan itu.

Tambah PBBPP, objektif utama inisiatif adalah bagi mengurangi kesesakan lalu lintas di sekitar Bukit Bendera selain mengurangkan masa perjalanan dan bebas tekanan bagi penduduk tempatan serta pengunjung tanpa perlu bersusah payah mencari tempat letak kereta.

Mengulas lanjut PBBPP berkata, sekiranya bas ulang-alik mencapai kapasiti maksimum, penumpang digalakkan menggunakan bas Rapid Penang Laluan 204, yang beroperasi dari Terminal Bas Weld Quay melalui Komtar ke Bukit Bendera pada kadar biasa.

“Perkhidmatan berkenaan beroperasi setiap 35 minit pada waktu puncak dan 45 minit pada waktu luar puncak,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here