Mayat lelaki yang ditemui terlentang di lombong berhampiran Klinik Kesihatan Serendah pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan lombong belakang Klinik Kesihatan Serendah, jam 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, umur dan bangsa lelaki iti tidak dapat dipastikan.

Menurutnya, mangsa yang dijumpai itu hanya memakai seluar dalam dan terlentang di permukaan air.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa didapati tiada kesan kecederaan luaran, pergelutan atau lain-lain kecederaan pada tubuh badan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah beliau, berdasarkan pada keadaan badan lelaki itu, mangsa dipercayai telah lemas di lombong tersebut anggaran lebih kurang empat hingga lima hari.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dalam kes ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan kes ini diseru untuk tampil membantu pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Hazwan Ismail di talian 03-60811222 / 013-2908206 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here