Raja Britain, Raja Charles III.

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengharumkan nama Malaysia apabila lagu nyanyiannya iaitu Anta Permana dipilih dalam senarai lagu peribadi Raja Britain, Raja Charles III.

Lagu tersebut menjadi sebahagian daripada program The King’s Music Room di Apple Music yang menghimpunkan karya daripada negara-negara Komanwel sebagai simbol meraikan kepelbagaian muzik seluruh dunia.

Lebih membanggakan, Siti Nurhaliza, 46, tersenarai bersama bintang-bintang ternama seperti Beyonce, Bob Marley, Kylie Minogue dan Grace Jonas.

Penghormatan ini sekali gus mengangkat keunikan muzik nusantara ke persada antarabangsa.

“Sepanjang hidup, muzik memberi makna besar buat saya. Ia bukan sekadar hiburan tetapi mampu mengembalikan kenangan, memberi ketenangan dan menyatukan kita dalam kegembiraan,” titah Raja Charles III dalam siaran khas tersebut.

Foto IG Siti Nurhaliza.

Sementara itu, Anta Permana merupakan lagu yang diciptakan oleh Ezra Kong dan Hael Husaini serta diluncurkan pada tahun 2018.

Kini, nyanyian lagu berkenaan telah menjadi karya unggul dalam industri muzik tanah air.

Selain itu, senarai lagu pilihan Raja Charles III menggambarkan selera muzik baginda yang luas merangkumi pelbagai era dan genre antaranya afrobeats, reggae serta pop kontemporari.

Rakaman The King’s Music Room yang berlangsung di Istana Buckingham memaparkan perjalanan muzik membentuk pengalaman serta memori peribadi baginda.

Tidak hanya itu, penghormatan tersebut juga jelas membanggakan peminat muzik tanah air yang tidak menyangka lagu Melayu mendapat tempat dalam pilihan peribadi Raja Britain.

Sementara itu, Siti Nurhaliza di InstaStory miliknya meluahkan rasa terharu dan mengucapkan rasa syukur di atas penghargaan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here