ARKIB Ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari bersama isterinya Ismanira Abdul Manaf keluar selepas mahkamah menolak permohonan membatalkan pertuduhan pengabaian anaknya yang juga kanak-kanak autistik Zayn Rayyan ketika di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 04 MAC 2025.

PETALING JAYA – Saksi pendakwaan ke-16, Rashidah Rajali menafikan mempunyai daya ingatan yang lemah terutama berhubung pakaian ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, ketika hari kanak-kanak itu hilang pada 5 Disember 2023.

Rashidah yang juga merupakan jiran kanak-kanak tersebut berkata demikian ketika prosiding pemeriksaan balas oleh peguam bela pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Terdahulu, peguam pasangan tersebut Haresh Mahadevan bertanyakan sama ada wanita tersebut ingat perbezaan keterangannya di mahkamah dan semasa ditemuramah oleh media.

Haresh: Ingat tak keterangan puan tempoh hari tidak ada cakap tentang berselisih dengan Ismanira (kepada mahkamah).

Haresh: Anda beritahu media semasa hari kejadian anda terserempak dengan Ismanira. Setuju atau tidak saya cadangkan bahawa anda mempunyai memori amat lemah?

Rashidah: Tidak setuju.

Sebaliknya Rashidah menegaskan hanya memberitahu media berdasarkan soalan yang dikemukakan kepadanya khususnya berkisar hari kejadian Zayn Rayyan dilaporkan hilang.

Haresh: Adakah anda beritahu fakta yang benar atau dimanipulasikan?

Rashidah: Saya beritahu apa yang saya tahu.

Haresh: Setuju atau tidak temuramah dengan media dengan keterangan ansa di mahkamah jauh berbeza?

Rashidah: Tidak

Sebagai rekod, saksi yang sama pada 18 Febuari lalu memberitahu mahkamah berselisih dengan Ismanira sebanyak dua kali pada tengah hari, 5 Disember dua tahun lalu.

Sementara itu, pihak pendakwaan hari ini memanggil saksi baharu iaitu Norzaini Zainon,39 tahun.

Saksi ke-21 itu merupakan salah seorang jiran Zayn Rayyan di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai.

Beliau yang juga suri rumah mengesahkan salah seorang daripada dua anak lelakinya sempat bermain dengan Zayn Rayyan beberapa minit sebelum kanak-kanak itu hilang.

Norzaini: 5 Disember jam 12 tengah hari saya duduk dekat kawasan tangga. Anak saya (yang ketika itu bermain) beritahu dia kejar budak (tapi) saya tidak tahu masa itu dia kejar Zayn. Ia selepas 10 minit saya nampak Zayn dengan mak dia.

Terdahulu, kedua-dua anak lelakinya juga saksi perbicaraan kes tersebut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bersambung esok.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here