Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menggesa Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang untuk mengambil langkah lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan antara Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan penceramah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu.

Jelasnya, Aaron tidak harus sekadar mengeluarkan kenyataan media meminta orang ramai bertenang adalah tidak mencukupi untuk menangani isu yang semakin panas.

“Dua individu ini mempunyai pengikut dan fanatik, sebarang kecuaian dalam menangani isu ini boleh membawa kepada akibat yang tidak diingini dan tidak perlu. Sebagai Menteri Perpaduan, sila tunjukkan lebih banyak kepimpinan.

“Aturkan pertemuan tertutup dengan kedua-duanya. Bimbing mereka seperti seorang bapa dan seorang pemimpin. Jadilah seorang mediator dan mentor, bukan hanya kepada mereka berdua, tetapi juga kepada rakyat,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Aaron sebelum ini berterima kasih kepada Saravanan kerana tidak meneruskan niatnya untuk berdebat dengan Zambri malah menyifatkan ia sebagai keputusan tepat dalam menjaga keharmonian negara.

Saravanan berkata, keputusan itu juga dilakukan selepas melakukan perbincangan dengan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, selain bertujuan untuk menjaga perpaduan negara.

Maszlee juga turut mencadangkan satu inisiatif yang boleh memupuk perpaduan sempena bulan Ramadan iaitu menganjurkan program ‘Berbuka Muhibbah’.

Program ini katanya dicadangkan agar melibatkan komuniti Muslim dan bukan Muslim di masjid-masjid utama di seluruh negara, sebagai platform untuk memupuk keharmonian dan saling faham memahami antara satu sama lain.

“Saya berharap pihak Kementerian Perpaduan, bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Naim dan JAKIM, dapat bekerjasama untuk menganjurkan acara berbuka puasa bersama antara rakyat Malaysia yang berbeza agama dan bangsa.

“Ini adalah cara terbaik untuk merapatkan jurang perbezaan yang ada dalam masyarakat kita,” ujar Maszlee.

Inisiatif ini, katanya, bukan sahaja akan memupuk semangat kerjasama antara pelbagai etnik dan agama, tetapi juga memberi ruang untuk lebih banyak dialog dan pemahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here