Kontraktor melakukan kerja-kerja pembersihan pada dinding yang runtuh akibat hujan lebat serta angin kuat melanda pada pukul 4.04 petang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 MAC 2025.

KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang tadi.

Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.

Selain itu, perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditujui.

“Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian secara terperinci untuk memastikan struktur binaan Stesen Masjid Jamek selamat.

Anggota Polis Bantuan tambahan juga telah ditempatkan di stesen bagi melancarkan pergerakan penumpang.Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang ketika ini, dan memaklumkan sebarang perkembangan terkini akan dikemas kini menerusi laman media sosial Rapid KL.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here