Elaango didakwa di Mahkamah ahkamah Majistret di Johor Bahru hari atas pertuduhan menyiarkan video Geng 04 dan 36 di TikTok

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur dan ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini secara berasingan atas pertuduhan menyiarkan video Geng 04 dan Geng 36 di TikTok, awal bulan ini.

Tertuduh, R. Elaango, 33, dan Tan Lee Som, 41, masing-masing mengaku salah dan dikenakan denda RM3,500 dan RM2,000 atau dipenjara dua dan enam bulan, jika gagal membuat bayaran.

Perbuatan itu dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor kira-kira pukul 11.30 malam, pada 3 Mac lalu.

Di hadapan Majistret A Shaarmini, Elaango didakwa menyiarkan dokumen berbentuk video dalam TikTok miliknya bagi kepentingan sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang iaitu Geng 36.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa manakala penganggur itu diwakili peguam Mu’adz Zulkarnain.

Di mahkamah berasingan, di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, Lee Sim didakwa menyiarkan dokumen berbentuk video dalam TikTok miliknya bagi kepentingan bagi sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang iaitu Geng 04.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, R Nevina dan ibu tunggal itu turut menggunakan peguam sama digunakan Elaango.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Peguam Mu’adz yang mewakili kedua-dua tertuduh meminta hukuman yang ringan terhadap tertuduh yang berdepan masalah kewangan.

“Elaango dalam proses mencari pekerjaan untuk menanggung ibunya manakala Lee Sim yang bekerja di kilang perlu menanggung anak berusia 17 tahun yang mahu melanjutkan pelajaran dengan pendapatkan RM1,800 sebulan,” ujarnya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,500 jika gagal bayar akan dipenjara dua bulan manakala Lee Sim didenda RM2,000 sekiranya gagal bayar penjara enam bulan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here