Ibu kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abdul Manaf diiring keluar oleh ahli keluarga selepas dibebaskan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. Foto SADIQ SANI, 13 JUN 2024

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan ibu kepada arwah Zayn Rayyan Abdul Matin berhubung video tular memaparkan wanita itu berjalan sambil memegang tangan dua anaknya di kawasan parkir motosikal di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya telah menjalanan pross rakaman keterangan pengadu itu pada Isnin lalu, 10 Mac 2025.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes ini tidak boleh dijalankan oleh pihak Sungai Buloh kerana kejadian permulaan berlaku di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Susulan itu, laporan terbabit akan dirujuk semula kepad laporan pertama iaitu di IPD Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan, polis telah menerima laporan daripada ibu kanak-kanak autistik itu, Ismanira Abdul Manaf mengenai video memaparkan dia memegang dua anaknya di kawasan parkir motosikal di kediaman mereka pada Ahad lalu.

Mohd Hafiz dilaporkan berkata, laporan dibuat di Balai Polis Kampung Subang sekitar jam 2.43 petang bahawa pengadu menerima video dari pautan di TikTok menerusi aplikasi Whatsapp berdurasi seminit pada 6 Mac. – MalaysiaGazette

Ibu Zayn Rayyan buat laporan polis individu rakam video sebelum kematian anaknya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here