Tag: Ismanira Abdul Manaf
Ismanira Didapati Bersalah Pertuduhan Abai Zayn Rayyan
Ibu kepada kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf didapati bersalah terhadap pertuduhan mengabaikan anaknya berusia enam tahun itu hingga menyebabkan kecederaan fizikal ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor. Foto SADIQ SANI, 31 OKTOBER 2025
Ismanira didapati bersalah mengabaikan Zayn Rayyan
Dalam penghakimannya, Dr Syahliza menyatakan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan dan semua elemen kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 telah dipenuhi.
Nasib Ismanira disabit atau dibebas daripada tuduhan abai Zayn Rayyan diketahui...
Keputusan sama ada Ismanira Abdul Manaf disabitkan atau dibebas daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin, akan ditentukan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok.
Pendakwa tolak pembelaan Ismanira bahawa Zayn Rayyan diculik
Tiada seorang pun saksi pendakwaan yang mendengar Ismanira menjerit memanggil nama Zayn Rayyan bagi mencarinya. Sebaliknya, tertuduh memilih naik ke tingkat atas, menukar pakaiannya dan kemudian turun semula seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.
Peguam khuatir naratif bicara kes Zayn Rayyan dipengaruhi spekulasi umum
Pihak pembelaan dalam kes Zayn Rayyan Abdul Matin melahirkan kekhuatiran bahawa sebahagian naratif yang timbul dalam perbicaraan kes itu kelihatan dipengaruhi oleh pandangan dan spekulasi umum atau media sosial sebagaimana yang boleh dilihat dalam kes Zara Qairina Mahathir.
Pakar psikologi kanak-kanak dijadual beri keterangan kes Zayn Rayyan esok
Selain Ismanira, tiga saksi pembelaan turut dipanggil sebagai saksi iaitu bapa mentuanya, Zahari Mohd. Reba, seorang penyambut tetamu firma guaman, Umi Syafiqah Rohizal dan ibu saudara tertuduh.
Ismanira dakwa mesej ‘Lantaklah nak hidup ke nak mati’ ditujukan untuk...
“Saya sangat perlukan perhatian suami ketika itu dan saya hantar perkataan begitu supaya suami saya cepat pulang dan bantu saya," katanya.
Ismanira syak Zayn Rayyan diculik
Saya naik tangga dengan memegang barang dan beg sekolah Zayn. Zayn di belakang saya, tapi bila dah separuh jalan naik tangga, saya sedar tiada lagi bunyi tapak kakinya. Sebab itu saya syak dia dicekup dan dilarikan orang. - Ismanira Abdul Manaf
Polis reka cerita saya bunuh Zayn, dakwa Ismanira
“Mereka tuduh saya yang jumpa Zayn dulu dan saya sendiri yang bunuh Zayn. Tapi itu tak benar. Saya nafikan sekeras-kerasnya. Mereka tetap paksa saya mengaku sesuatu yang saya tidak buat,” kata Ismanira.
Saya lalui saat yang sangat menyakitkan – Ismanira
Ismanira menyedari sesuatu tidak kena apabila tidak lagi mendengar bunyi langkah anaknya itu.
















