Sebahagian dadah yang dirampas selepas menahan tiga lelaki dalam kebun kelapa sawit di Muar, semalam

MUAR – Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan kerana dipercayai mengedar dadah di sebuah kebun kelapa sawit di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek menemui, empat paket lutsinar syabu seberat 1.07 kilogram dengan nilai RM39, 716.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati, semua suspek positif methamphetamine dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah.

“Ketiga-tiga suspek direman sehingga 16 Mac bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here