Operasi yang dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Barat Daya itu turut membawa kepada rampasan dadah jenis ketamin dan pil Eramin 5.

BAYAN BARU – Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam dua serbuan berasingan di Bazar Ramadan Bayan Baru di sini semalam.

Operasi yang dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Barat Daya itu turut membawa kepada rampasan dadah jenis ketamin dan pil Eramin 5.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, serbuan pertama dilakukan pukul 8 malam di sebuah gerai jualan ayam gunting yang membawa kepada tangkapan enam lelaki.

“Hasil pemeriksaan lanjut kita menemui beberapa peket dadah serta rokok berisi dadah jenis ketamin manakala serbuan kedua dilakukan setengah jam kemudian di gerai jualan ayam percik yang membawa kepada tangkapan seorang lagi lelaki bersama dua biji pil Erimin 5.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dianggarkan bernilai RM610,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Sazelee berkata, semakan mendapati lima daripada tujuh suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua suspek berusia 20 hingga 33 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here