Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA – Suntikan dana pinjaman sebanyak RM1.1 bilion akan disalurkan terus kepada vendor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam industri minyak dan gas yang dikendalikan oleh Sapura Energy Berhad (SEB) dan bukannya kepada syarikat tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu bagi melunaskan hutang kerja-kerja yang telah dilakukan oleh vendor tersebut namun masih belum mendapat bayaran daripada SEB.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, ketika ini, terdapat 2,000 vendor di bawah Sapura Energy di mana 80 peratus adalah golongan Bumiputera di mana usaha kerajaan penting untuk menyelamatkan ekosistem industri minyak dan gas tempatan.

“Kita tidak beri ruang kepada syarikat, RM1.1 bilion itu khusus kepada vendor yang telah kerja sekitar 2,000 dan 80 peratus Bumiputera yang telah beri sumbangan.

“Bagaimana mereka harus dihukum? Inilah dunia politik, kalau saya tidak tolong, Anwar dikata pengkhianat dan dia bukan pejuang Bumiputera. Kalau buat, kata bantu syarikat kaya, saya tidak bantu kerana wang itu setiap sen terus kepada vendor telah bekerja dan tidak dapat bayaran,” katanya pada Majlis Perjumpaan Warga Kementerian Kewangan & Agensi di sini hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perjumpaan Warga Kementerian Kewangan & Agensi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar turut mempersoalkan sekiaranya kerajaan membiarkan semua vendor itu bankrap, ia akan memberi impak besar dalam usaha memulihkan
ekosistem minyak dan gas untuk ekonomi negara.

Ini kerana kata beliau, SEB  sahaja satu-satunya syarikat minyak dan gas di Malaysia yang boleh beroperasi di bawah pelaksanaan hiliran.

Tegas beliau, kalau ditutup, tidak ada syarikat yang mampu mengendalikan di mana seluruh kegiatanandi peringkat hiliran dikendalikan semua syarikat asing dan kerajaan berdepan masalah sekarang.

“Bukan bailout menyelamatkan syarikat besar dan pengurusannya, penegrusi dan pengurusan kanan semua mesti keluara dan diganti dengan pengurusan baharu dan kalau keperluan siasatan akan diteruskan.

“Jadi ini pertimbangan kita. Kalau saudara dalam kedudukan saya adakah kita perlu hukum hukum orang yang telah kerja dan yang tsalah bukan mereka? Suntikan dana tidak kepada syarikat tetapi kepada vendor dan secara khusus dalam kes ini tidak ada syarikat Bumiputera di mana tidak ada syarikat itu peringkat pelaksanaan di bawah dalam negara dan serah kepada syarikat asing, kita ada masalah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Itu lah yang hendak dilakukan oleh DS Najib sebelum ni tapi ko dan Rapizi fitnah DS Najib macam2..Korang ingat rakyat mudah lupa kaaa??? Rakyat marah sebab ko dan Rapizi suka berbohong, hasut dan fitnah…

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here