Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh melahirkan rasa syukur kerana selepas dua tahun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam langkah suntikan dana kepada Sapura Energy Berhad (SEB).

Menurut Dr. Muhamad Akmal, Najib ketika berdebat dengan Anwar berhubung krisis yang berlaku dalam SEB beberapa tahun lalu, mencadangkan dua perkara iaitu Petronas mengambil alih SEB serta syarikat itu meminjam dari bank dengan jaminan kerajaan.

“Alhamdulilah setelah 2 tahun, cadangan itu telah dilakukan oleh PMX pada hari ini.

“Terima kasih PMX (Anwar) kerana meluluskan pinjaman kepada Sapura untuk menyelamatkan syarikat negara ini.

“Dan jutaan terima kasih juga kepada Dato Seri Najib kerana berkongsi cadangan yang baik untuk kebaikan negara,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Dr. Muhamad Akmal turut menggesa supaya audit forensik yang dijalankan kerajaan dalam SEB didedahkan kepada umum.

Tegas beliau, sekiranya didapati wujud salah laku dalam pengurusan syarikat tersebut, mereka yang bertanggungjawab perlu dikenakan hukuman yang setimpal.

Terdahulu, Anwar hari ini menjelaskan, suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada SEB bukan berbentuk dana hangus, sebaliknya pinjaman yang perlu dibayar semula syarikat itu.

Kata Perdana Menteri, suntikan dana terbabit bukan diberi begitu sahaja, sebaliknya kerajaan memulakan langkah dengan menjalankan audit forensik untuk mengenal pasti masalah sebenar dihadapi syarikat itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here