Gambar hiasan

IPOH – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Pulai Height, Kampung Kepayang Selasa lalu ditemukan meninggal dunia dan terkurung di dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Jalan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mangsa daripada orang awam sekitar pukul 4.20 petang.

“Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa berada dalam keadaan terlantar di atas katil dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuhnya.

“Pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah datang ke lokasi kejadian untuk mengesahkan kematian mangsa.

“Susulan itu, mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HRPB untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan esok bagi mendapatkan punca kematian.

“Setakat ini kes siasatan dilakukan di bawah laporan mati mengejut (SDR) memandang tiada sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah atau foul play ditemui pada mangsa,“ katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, laporan kehilangan mangsa telah dibuat isteri pada Selasa lalu sekitar pukul 4.49 petang selepas mangsa yang menaiki kereta Honda Accord berwarna kelabu tidak pulang ke rumah.

“Bertindak atas aduan tersebut pihak polis telah berusaha mencari dan satu kertas siasatan di bawah orang hilang telah dibuka,“ jelasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil memberi keterangan kepada Penolong Ketua Polis Balai Ampang Baru di talian 05-546 7005 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here