Empat mangsa yang terperangkap dalam lif di tingkat 42 sebuah kediaman di Taman Danau Kota diselamatkan oleh pasukan keselamatan. Gambar Ihsan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

KUALA LUMPUR – Empat indivitu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam lif di tingkat 42 sebuah kediaman di Taman Danau Kota di sini, malam tadi.

Mangsa terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki masing-masing berumur  28, 30 dan 32 tahun dan seorang lelaki serta kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Mangsa terperangkap dalam lif diselamatkan. Gambar Ihsan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Cheras Dan Sentul, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soerharto berkata, kejadian dipercayai berlaku sejam sebelum anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba.

Ujar beliau, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 10.59 malam manakala kontraktor lif tiba pukul 12.30 tengah malam.

“Kerja-kerja menyelamat dimulakan pukul 1 pagi manakala proses membawa mangsa turun secara manual dilakukan pukul 2.07 pagi.

“Keempat-empat mangsa selamat dibawa turun ke tingkat 41 pukul 3.42 pagi dan diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut dan operasi tamat pada 4.27 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here