M. Kumar.

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanan RM2.3 juta lebur angkara saham tidak wujud yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun, yang mendakwa diperdaya selepas menyertai kumpulan WhatsApp tersebut yang menawarkan skim pelaburan pada November tahun lalu.

“Mangsa kemudian telah diberikan pautan satu laman sesawang yang boleh diakses untuk melihat keuntungan serta mengendalikan pelaburan tersebut.

“Mangsa juga tertarik dengan janji keuntungan yang tinggi sehingga AS$8 juta.

“Transaksi dibuat mangsa pada 27 November tahun lalu sehingga 4 Mac lalu dengan empat pemindahan secara dalam talian keempat akaun bank tempatan berjumlah RM2.3 juta,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here