Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

KUALA LUMPUR – Rakaman yang tular di media sosial mengenai penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah kenderaan di parkir Menara Berkembar Petronas (KLCC) sejak semalam adalah kes lama yang berlaku pada Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman yang mengesahkan perkara itu memberitahu, pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden tersebut pada 25 Januari lepas pukul 5.07 petang.

Katanya, siasatan telah dijalankan dengan bantuan pihak forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur.

“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patalogi Hospital Kuala Lumpur serta bedah siasat telah dijalankan.

“Keputusan bedah siasat masih menunggu laporan penuh makmal. Tiada terkesan sebarang unsur jenayah dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menyemak kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya di media sosial.

“Orang ramai diminta tidak mengeluarkan komen-komen yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga dan waris serta menjurus kepada perlanggaran undang-undang penyebaran kandungan jelik di media sosial.

“Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang terlibat seperti diperuntukkan undang-undang,” ujarnya.

Terdahulu, tular di aplikasi TikTok berhubung penemuan mayat seorang individu di dalam kenderaan di sebuah parkir di KLCC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here