Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka dua kertas siasatan susulan menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.

Menurut sumber, siasatan tersebut berdasarkan siasatan awal yang dibuka SPRM pada penghujung tahun 2023 yang turut melibatkan tuntutan-tuntutan yang dibuat membabitkan syarikat berkenaan.

“Dua kertas siasatan ini dibuka menjurus kepada kegiatan pengubahan wang haram dan penyelewengan melibatkan tuntutan-tuntutan sekitar tahun 2018 ketika syarikat itu dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Berhad.

“Selain jenayah rasuah, siasatan juga akan memberi fokus kepada isu kelemahan tatakelola dan kelemahan pengurusan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dan katanya kertas siasatan dibukan dibawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here