Ng Kok Yeow didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU – Seorang warga emas didenda RM100 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menggugat ketenteraman awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada Selasa lalu.

Tertuduh, Ng Kok Yeow, 64, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga hari jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, peniaga itu didakwa dengan sengaja memaklumkan kepada seorang petugas Malaysia Airlines bahawa terdapat bom dalam beg rakannya, sedangkan tertuduh mengetahui kata-kata tersebut mungkin boleh menggugat ketenteraman awam.

Tertuduh dikenakan denda RM100.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter daftar masuk LTAPP jam 10.30 malam pada 11 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

ARTIKEL BERKAITAN

Gurau ada bom dalam bagasi, dua lelaki ditahan di LTAPP

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Lushani manakala tertuduh diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hazarul Iqram Rozahan.

Ketika prosiding, Lushani memohon denda maksimum kerana tindakan tertuduh sensitif namun Hazarul Iqram memohon denda minimum dengan alasan lelaki itu seorang duda serta perlu menyara dua anak dengan pendapatan RM1,000 sebulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here