Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyrag Wajdi Dusuki ketika merasmikan Majlis Peluncuran Wakaf MARA MADANI sempena Sambutan Hari MARA yang Ke-59 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 15 MAC 2025

KUALA LUMPUR – Mulai tahun depan, kerajaan mensyaratkan 70 peratus kemasukan pelajar tingkatan empat ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan sekolah berasrama penuh (SBP) mesti daripada aliran pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarat baharu itu ditetapkan selepas didapati minat pelajar khususnya pelajar Melayu terhadap STEM semakin merosot.

Ujar beliau, perkembangan yang membimbangkan itu tidak seiring dengan dengan dasar baharu negara yang memfokus kepada disiplin teknologi baharu.

“Mulai tahun depan, MRSM, sekolah menengah agama dan SBP mesti beri penekanan supaya 70 peratus kemasukan baharu mesti dari aliran STEM,” ujar beliau.

Perdana Menteri berucap ketika merasmikan Majlis Peluncuran Wakaf MARA Madani sempena sambutan Hari MARA ke-59, di sini, hari ini.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut melancarkan Wakaf Mara Madani sebagai platform mengumpul dana wakaf daripada orang ramai dan menguruskannya secara profesional dengan prinsip syariah.

Dalam ucapannya, Anwar berkata, tiada aminan masa depan jika teknologi tidak dimanfaatkan tanpa melakukan anjakan terhadap kesedaran bagi membela nasib bangsa.

Menurut beliau, kemerosotan dalam aliran STEM akan memberi kesan yang membimbangkan pada masa depan.

Ujar Perdana Menteri, meskipun wujud perasaan kurang senang di pihak ibu bapa atau gesaan parti politik, beliau optimis bahawa Melayu dan Bumiputera akan mampu bertahan dengan pembangunan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here